Monday 7 March 2011

10 GAMBAR TEKNOLOGI DAN INOVASI


'Topi keledar maut’ berharga RM1.2 juta
LONDON: Topi keledar era angkasa lepas baru ini akan membolehkan juruterbang Tentera Udara Diraja Britain (RAF) menembak jatuh pesawat dengan hanya melihatnya.

‘Topi keledar maut’ yang berharga RM1.2 juta itu menyerupai kelengkapan yang digunakan pelakon filem Star Wars dan satu daripada kemajuan terbesar yang pernah dicapai dalam keupayaan melakukan serangan.Apa yang perlu dilakukan oleh seseorang juruterbang untuk  memusnahkan musuhnya ialah dengan merenungnya saja. Sasaran akan muncul dalam pelindung muka juruterbang, membolehkannya memilih sasaran dan menembak.

Lebih menarik lagi, dia boleh menembak sasaran yang berada di sisi, atas atau bawah, asalkan ia boleh dilihat. Ia berfungsi dengan menggunakan penderia pada topi keledar itu. Ia akan dikesan oleh penderian lain dalam kokpit. Juruterbang, Mark Bowman berkata: “Ia bermakna berakhirnya pertempuran di udara. Biasanya anda perlu berada di belakang pesawat musuh.
Topi keledar baru itu yang dicipta oleh syarikat Britain, BAE Systems, kini digunakan oleh juruterbang pesawat Typhoon RAF. – Agensi

LG-GD910-JAM TANGAN PONSEL DENGAN LAYANAN HSDPA
LG0GD910 adalah jam tangan ponsel yang memiliki teknologi HSDPA di dalamanya sehingga anda boleh melayari  internet dan video chat jauh lebih cepat dibandingkan dengan teknologi 3G. Ukuran layar LG-GD910 adalah 1,43, inci dengan layar sentuh,fingsi “text to speech” serta mempunyai MP3 player .

PANTAU BAYI DENGAN TEKNOLOGI WIRELESS
Rekaan terbaru yang bakal menemui pengguna daripada Philip Avent SCD 600 merupakan sistem peranti pemantauan bayi dengan teknologi terkini untuk memastikan si manja anda sentiasa selamat. Ia menggabungkan 2 bahagian - sebuah kamera 0.1 megapixel untuk memantau keadaan bayi dan sebuah skrin paparan 2.4 inci berwarna dengan paparan QVGA yang boleh dicas semula dan boleh dibawa bersama anda.Kamera tersebut memiliki sistem penyambung menggunakan bebola, yang akan memudahkan anda mendapatkan posisi terbaik untuk menghalakan kamera pemantau kepada bayi anda. Peranti ini memaparkan rakaman video masa sebenar "real-time" keadaan bayi anda. Ia juga mampu memancarkan isyarat video sejauh 150 meter melalui frequensi 2.4 Ghz yang spesifik dan selamat. Bagi menjimatkan kuasa, paparan video akan dipadamkan secara automatik sekiranya ia tidak mengesan sebarang bunyi selama lebih 30 saat.

MOTOSIKALYANG DIGERAKKAN DENGAN SISTEM  KOMPUTER
Motosikal yang dikenali sebagai Light Cycle itu sepanjang 2.43 meter, lebar 58.4 sentimeter dan seberat 215 kilogram. Ia boleh digunakan di atas jalan raya biasa dan mampu mencecah kelajuan sehingga 193 kilometer sejam. Syarikat Parker Brothers Choppers menyatakan pihaknya hanya menghasilkan lima buah Light Cycle yang ditawarkan pada harga AS$55,000 (RM172,452) seunit. Pengurus Operasinya, Jeff Halverson memberitahu ia menggunakan enjin TL1000R. Terdapat sambungan komputer tablet iPad yang membolehkan statistik tunggangan dimuat turun daripada komputer yang ada pada motosikal itu.


Antro Solo Kereta 2012








Antro Solo merupakan salah satu kereta yang mesra alam. Menggunakan tenaga solar, tenaga kinetik (manusia), dan gas-elektrik. Apa yang pasti, kereta ni mampu menyelesaikan isu minyak yang melambung sekarang. Selain dari guna tenaga gas-elektrik,kereta ni menjanakan tenaga solar yang mampu digunakan selama 15-25km . Prototaip kereta ni ada kat Budapest Museum of Transport. Dan dijangka ada kat pasaran pada tahun 2012, harganya  $20,000 dollars (RM 66,000)

Telefon bimbit Braille untuk orang buta
 Satu-satunya syarikat yang mengeluarkan produk seperti iaitu dari Samsung, sebelum ini ada juga produk seperti ini dikeluarkan pada tahun 2006. Manakala yang terbaru ini, keluarannya ialah pada tahun 2009. Ia dicipta semata-mata untuk orang yang mempunyai masalah penglihatan dan buta. Menggunakan teknologi “Electric Active Plastic fabricates” di mana screennya yang perlu disentuh oleh tangan atau jari yang mempunyai kuasa visualisasi untuk mereka membaca apakah mesej yang mereka terima. Bentuknya yang seperti alat kawalan jauh televisyen lama, begitu ringkas, dan mempunyai keypad yang berbentuk tulisan braille. Telefon bimbit ini memenangi Red Dot award pada tahun 2009.

SETERIKA TANPA WAYAR/KABEL- PANASONIC NI-WL600
 Panasonic NI-WL600 merupakan seterika yang tidak mempunyai wayar atau kabel. Ia mempunyai ciri 360° Freestyle yang mana mudah untuk menggerakkan seterika ini ke mana-mana arah. Penggunanya boleh memilih sama ada menggunakannya secara kering atau wap. Ia mempunyai butang stim, bekas air yang boleh ditanggalkan, kawalan suhu elektronik untuk menetapkan tahap kepanasan yang tepat untuk semua fabrik, sistem anti-drip yang melindungi fabrik daripada titisan air, auto shut off selepas 10 minit setelah ia ditinggalkan di basenya dan ciri-ciri yang lain. Ia dijual dengan harga USD99.95

PAIP AIR PINTAR YANG DAPAT MENGUKUR PENGGUNAAN AIR-Koolhaus  Tapware
Koolhaus Tapware merupakan paip air pintar yang dapat mengukur kadar air yang digunakan. Ia telah direkabentuk oleh Daniel Dobrogorsky. Paip pintar ini dapat memantau kadar penggunaan air di bilik mandi termasuk shower dan tandas. Ia dilengkapi dengan sensor yang akan menutup aliran air apabila penggunanya berada jauh dari paip ini selepas 2 saat. Kadar air yang digunakan dapat dilihat pada skrin LCD yang terdapat pada paip ini. Data tersebut juga dapat dihantar ke komputer dan pengguna dapat melihat kadar penggunaan air terdahulu seterusnya menetapkankan kadar aliran air untuk setiap paip di bilik mandi  sebelum pengubahsuaian dibuat untuk penjimatan . 
KERETA TERBANG
Dengan hanya menekan beberapa butang sebuah kereta mampu berubah menjadi sebuah kapal terbang dalam masa 30 saat. Ia mampu terbang pada kelajuan 185.07 kilometer sejam dan bergerak sejauh 724 kilometer dengan menggunakan minyak petrol tanpa plumbum biasa.
Kereta terbang pertama dunia itu dipandu uji oleh seorang juruterbang veteran Amerika Syarikat (AS), Phil Meteer.

Nike + GPS
Projek inovasi terbaru dari perusahaan kasut Nike yang bertapak di Bearverton, Oregon Amerika Syarikat ini, dengan meluncurkan aplikasi Nike+ GPS bagi para pengguna iPhone mahupun iPod Touch. Kombinasi antara keperluan para olahragawan yang mengenakan kasut Nike dengan aplikasi ini berjalan baik, dimana teknologi GPS dan accelerometer yang dimiliki oleh perangkat keluaran Apple ini sangat kuat sehingga para olahragawan khususnya pelari dapat mengukur kemampuannya. Kecepatan berlari, jarak dan rute yang telah ditempuh akan dirakam oleh aplikasi ini. Begitu juga dengan jumlah kalori yang telah habis terbakar akan tercatat. Selain itu, Nike juga menyisipkan pesan motivasi dari para atlit profesional Nike untuk menambah semangat berlari para penggunanya.











No comments:

Post a Comment