Tuesday 15 March 2011

IMPAK REVOLUSI TEKNOLOGI DALAM KEHIDUPAN MANUSIA.

Peubahan arus teknologi yang semakin canggih dari semasa ke semasa sememangnya memberi banyak impak dalam kehidupan manusia pada masa kini. Impak positif mahupun negatif tetap wujud dalam apa jua pekara sekalipun.

Kecanggihan teknologi kini sememangnya memberi banyak kesan positif kepada kehidupan manusia. Antaranya dari segi kepantasan melakukan pekerjan, menjimatkan masa serta mudah. Impak positif yang ada pada teknologi canggih kini memang tidak perlu diperdebatkan lagi. Namun demikian, kecanggihan teknologi sekarang bukan sahaja membawa kebaikan kepada manusia bahkan juga keburukan dalam kehidupan manusia jika fungsinya disalah guna. Nyatakan pendapat rakan-rakan keburukan teknologi dalam kehidupan manusia.

11 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Teknologi membuatkan seseorang pelajar mahupun pekerja leka/lalai dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Mereka ini yang pada mulanya berniat untuk melakukan kerja mereka akhirnya leka dibuai "teknologi" dengan melayan facebook, blog, mahupun laman sosial lain yang akan mendatangkan keseronokan. Hasilnya,kerja yang dirancang tidak menjadi.Namun,semua ini bergantung kepada individu itu sendiri sama ada boleh membahagikan masa antara kerja dan facebook.
    CITY ZULAIHA BINTI MOHAMAD ZAID
    A130775
    TAHUN 2(SEM2 2010/2011)
    FAKULTI SAINS SOSIAL KEMANUSIAAN
    SELASA 8-10 MALAM
    MAKMAL 3

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..
    penggunaan teknologi akan mewujudkan sifat individualistik. Sebagai contoh, pelajar akan mempunyai sifat individualistik di mana mereka hanya menjalankan aktiviti seharian bersama komputer masing-masing tanpa berhubung dengan rakan-rakan lain. Jaringan sosial adalah tertumpu di alam siber seperti facebook, twitter, tagged dan sebagainya. Oleh itu, interaksi sosial di luar akan menjadi kurang dan mereka akan menjalankan hal masing-masing tanpa mengambil kira mengenai hal orang lain.

    Selain itu, hak persendirian yang dimiliki dicerobohi oleh orang lain. Dalam dunia yang semakin canggih ini, masyarakat berasa risau apabila maklumat peribadi di dedahkan menjadi maklumat awam. Ini kerana kemajuan teknologi ini membolehkan data - data persendirian yang disimpan dalam komputer atau telefon bimbit dicerobohi oleh orang lain yang tidak bertanggungjawab.

    FATIN FARHANA ZAKARIA
    A127187
    FSSK/2[PEMBANGUNAN MANUSIA]

    ReplyDelete
  4. Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Maklumat tersebut boleh wujud dalam pelbagai bentuk samada bentuk fizikal contohnya kertas dan buku, bentuk suara, paparan visual, pergerakan atau dalam bit. Perkembangan teknologi maklumat telah mencapai suatu tahap di mana ia mula menampakkan pengaruh tertentu di dalam kehidupan manusia terutamanya penduduk bandar. Pada asalnya, teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya.
    Peranannya sebagai agen perubahan tidak pernah berkurang tetapi semakin bertambah lebih-lebih lagi dengan kewujudan komputer. Dewasa ini, ia telah berevolusi kepada bentuk yang menampakkan pengaruh yang lebih mendalam ke atas kehidupan manusia. Contohnya penggunaan rangkaian ‘internet’ telah dan berupaya menyebabkan perubahan yang besar ke atas aspek fizikal, ekonomi dan sosial melalui globalisasi serta berkembangnya modal antarabangsa kapitalis. Teknologi maklumat akan membezakan sebuah negara maju dengan sebuah negara sedang membangun(Arun, 1999).
    Salah satu kesan yang ketara adalah pergantungan kepada bekalan elektrik. Ini adalah kerana tanpanya segala peralatan teknologi maklumat tidak dapat berfungsi, kecuali jenis yang menggunakan tenaga alternatif misalnya tenaga solar, angin, ombak, biojisim dan sebagainya. Namun pergantungan yang lebih membimbangkan adalah dari segi kuasa ekonomi melalui pemindahan modal antarabangsa dalam jumlah yang besar. Ini seterusnya akan mempengaruhi corak gunatanah sesebuah bandar.

    NUR RADIA BINTI HARUN
    A128048
    FSSK/2
    PEMBANGUNAN MANUSIA

    ReplyDelete
  5. salam..
    Kecanggihan teknologi kini sememangnya memberi banyak kesan positif kepada kehidupan manusia. tetapi teknologi juga memberikan impak negatif kepada pengguna yang menyalahkan penggunaan teknologi.
    SITI NURULHUDA BINTI SHEH ANUAR
    A127887
    FSSK/2

    ReplyDelete
  6. SALAM..
    teknologi maklumat dikatakan banyak memberi kebaikan kepada kita kerana melaluinya kita mendapat pelbagai maklumat dengan pantas dan mudah. Kita boleh berhubung dengan rakan-rakan, mencari peluang-peluang perniagaan, membuat urusan pembayaran pelbagai bil, mencari bahan-bahan untuk tugasan tanpa perlu membuat rujukan ke perpustakaan dan boleh memuat turun apa sahaja maklumat yang diperlukan. Kemudahan secara 'online' ini banyak meminimumkan masa dan tenaga kita. NAMUN, penyebaran dakyah jahat seperti memberi maklumat yang palsu dengan tujuan untuk memecahbelahkan sesuatu bangsa, menyesatkan fahaman sesuatu kaum, mengajar untuk bertindak agresif dan keganasan adalah merupakan maklumat yang harus dihindari. Penyebaran gambar-gambar yang berbentuk pornografi yang boleh mempengaruhi perlakuan tidak sihat terutama kepada pelajar belasan tahun juga merupakan keburukan yang boleh didapati dengan senang daripada internet ini. Jadi, sebagai pengguna yang bijak, kita harus tahu menilai dan seterusnya mengambil hanya yang terbaik sahaja.

    NUR SYAIRAH MOHAMAD
    A128536
    FSSK/2

    ReplyDelete
  7. Keburukan teknologi:
    Antaranya ialah hak persendirian, pendominasian budaya, kekurangan dalam keselamatan pekerjaan dan juga pengangguran.
    Hak persendirian ialah yang mana dengan kehadiran teknologi, proses komunikasi menjadi lebih cepat, lebih mudah dan lebih selesa. Walau bagaimanapun ia juga membangkitkan isu hak persendirian (privacy). Dalam dunia yang semakin maju ini, masyarakat berasa risau apabila maklumat peribadi di dedahkan menjadi maklumat awam. Ini kerana kemajuan teknologi ini membolehkan data - data persendirian yang disimpan dalam komputer atau telefon bimbit dicerobohi oleh orang lain yang tidak bertanggungjawab.
    Dari pandangan pendominasian budaya pula ialah walaupun teknologi maklumat menjadikan dunia ini ‘Global Village’, ia juga menyebabkan berlakunya dominasi budaya yang dianggap sebagai kelemahan atau keburukan yang paling dahsyat. Sebagai contoh salah satu isu yang semakin dibangkitkan ialah pengaruh budaya U.S yang mana dapat dilihat di negara kita, ramai remaja terikut dengan budaya barat. Kebanyakkan remaja sekarang terikut dengan gelagat, cara pemakaian dan mengikut gaya budaya barat.
    Di samping itu, Bahasa Inggeris juga dijadikan sebagai bahasa primer dalam komunikasi perniagaan dan dalam semua aspek seperti pembelajaran dan sebagainya. Dalam konteks pengangguran, teknologi telah menyebabkan berlakunya peningkatan dalam pengangguran. Ini telah menyebabkan berlakunya ‘downsizing’ dan ‘outsourcing’. Kebanyakan pekerja yang mahir dan separa mahir telah kehilangan pekerjaan dan secara tidak langsung terjadinya pengangguran. Ini kerana kerja-kerja yang dilakukan oleh mereka telah digantikan dengan penggunaan peralatan pemesinan yang lebih canggih.

    NORSYAZANA BINTI ZULKIFLI
    A125102
    TAHUN 3 (SEM 2 2010/2011)
    FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI
    SELASA, 8-10 PM, MAKMAL 3 F.PENDIDIKAN UKM
    Isu: Laman Sosial dan Pendidikan

    ReplyDelete
  8. Teknologi ini sebenarnya bergantung kepada pengguna sendiri. Kalau sudah niat hendak buat jahat, memang jadi jenayah siber la. Lagi-lagi di internet ini macam-macam ada. Kalau di youtube, taip "lock picking" macam-macam teknik keluar. Nak kata tak elok tidak boleh juga sebab kalau tertinggal kunci atau hilang kunci, kalau tahu nak pick lock kan senang. Tapi kalau ilmu tu digunakan untuk mencuri, lain pula cerita.

    NUR AKMAL BINTI MOHAMED ROZALI
    A126692
    FST/2 PROGRAM GENETIK (PPBsBt)

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. sememangnya impak revolusi teknologi itu melanda dan mengubah kehidupan manusia. Banyak perkara yang dahulunya agak sukar dan rumit dilakukan, namun kini segalanya berubah menjadi mudah.

    Penghantaran dan penerimaan maklumat sebagai contoh. Dengan berevolusinya penciptaan komputer dan internet, maklumat kini mudah didapati dengan banyak sekali. Tidak perlu mengambil masa yang lama hanya untuk menerima sedikit maklumat. Ini semua disebabkan oleh perkembangan dan evolusi teknologi yang memberikan impak kepada kehidupan manusia.

    MUHAMMAD NABIL BIN JAMIL
    A130944
    FSSK - KOMUNIKASI & PENGURUSAN MAKLUMAT
    TAHUN 2- SEM 2- SESI 2010/2011
    TUTORIAL: 8-10pm, SELASA, MAKMAL3 DEWAN BUDIMAN.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Farah,

    Seperti yang saudari nyatakan penggunaan teknologi sememangnya memberi banyak impak yang positif dalam kehidupan manusia. Namun begitu, penggunaan teknologi juga banyak memberi kesan yang negatif dalam kehidupan manusia. Misalnya penggunaan internet, dimana manusia kini dilihat banyak bergantung terhadap penggunaan internet ini. Golongan mahasiswa terutamanya merupakan golongan yang aktif dan sering menggunakan teknologi ini.

    Internet dijadikan platform untuk mengakses maklumat dan data yang ingin diperolehi dalam menyiapkan tugasan. Antara masalah utama yang berlaku dalam kalangan mahasiswa kini ialah budaya 'memplagiat' dalam menyiapkan tugasan. Fenomena ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pentadbir dan pendidik dalam bidang pendidikan.

    Justeru itu, mahasiswa perlu mempunyai kesedaran sivik agar menjauhi kegiatan memplagiat kerana ia akan memberi pelbagai impak yang negatif.


    SAKINAH BINTI RAMLI
    A130757
    TAHUN 2(SEM 2 2010/2011)
    PSIKOLOGI,FSSK
    SELASA 8-10 MALAM
    MAKMAL 3

    ReplyDelete